Akok antara kuih tradisional pantai timur yang terkenal dengan rasa lemak dan manis. Kuih akok berasaskan telur, santan dan tepung. Akok sesuai untuk dijadikan sebagai makanan petang kerana ia mudah dihidangkan, tidak melerai dan rasanya sedap.
Kuih akok yang di jual oleh Kak Nab di gerainya dimasak secara tradisional menggunakan sabut kelapa sebagai bahan bakar. Sabut kelapa tersebut apabila dibakar menghasilkan asap yang beraroma menghasilkan kuih akok yang lebih wangi dan sedap.
Lokasi : Gerai Kuih Kak Nab
Alamat : Kampung Kepulau, 16210 Wakaf Bharu, Kelantan
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.